Boon Siew Honda - Honda BigWing Georgetown

JUL . 04 . 2020

Pada 4 haribulan Julai 2020 dan bertempat di Dewan MPPK Kampung Melayu, Air Itam, pihak Boon Siew Honda dengan kerjasama Taycon Motor dan disokong oleh ADUN Air Itam, telah mengadakan Kempen Servis Percuma khas untuk pemilik motosikal Honda. Sebagai sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat Boon Siew Honda dan Taycon Motor, para pelanggan Honda dapat menikmati servis, penukaran minyak hitam, palam pencucuh, *set sprocket dan rantai dan juga *bateri secara percuma. Para pelanggan juga menerima sehelai baju hujan yang ditaja oleh Taycon Motor. Kempen ini diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban para pelanggan Honda di kala negara kita dilanda wabak Covid-19.