SYM Logo
Yamaha Logo
KTM Logo
Honda Logo
Beneli Logo
Kawasaki
WMOTO Logo
GPX Logo
1/1

press to zoom

press to zoom

press to zoom

press to zoom
1/24

Honda BigWing Georgetown

JUL . 18 . 2020

Kempen Pemeriksaan Dan Penyelenggaraan motosikal Honda secara PERCUMA kini kembali dan kali ini, ia berlangsung di Dewan MPKK Bukit Bendera yang terletak di Jalan Stesen Bukit Bendera. Dianjurkan oleh Boon Siew Honda dan disokong oleh Taycon Motor Sdn Bhd khas untuk penduduk-penduduk di Air Putih, kempen ini mensasarkan beberapa model popular Honda seperti C70, C90, Wave 100, Wave Alpha dan EX-5. Bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 6:00 petang, kempen ini hanya diadakan pada satu hari saja iaitu pada 18 Julai 2020. Sebagai syarikat yang prihatin dan peka dengan keadaan semasa, Boon Siew Honda dan Taycon Motor berharap kempen ini dapat meringankan beban rakyat marhaen yang sedang tabah menghadapi ancaman Covid-19.